Kelas Softskill – Membuat Kad Ucapan Hari Ibu dan Membuat Bunga Menggunakan Kertas

20 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 May 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan kelas Softskill kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk merangsang kemahiran koordinasi tangan dan kreativiti peserta dalam membuat sesuatu tugasan.

Dalam sesi pertama kelas ini, setiap peserta telah diberi beberapa helai kertas yang berlainan warna, gunting, gam, marker berwarna dan pensil warna untuk membuat kad ucapan Hari Ibu mengikut kreativiti masing-masing. Mereka dikehendaki untuk mencari idea bagi menghias kad ucapan tersebut dengan melayari Youtube dan Google.

Pada sesi kedua pula peserta digalakkan untuk membuat bunga hiasan menggunakan kertas yang telah diberi kepada mereka. Mereka mencari idea membuat bunga dengan melayari Youtube dan Google.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali